Senin, 25 Mei 2015

5 Sebab Kenapa Saya Benci Fynn Jamal


Semua orang bercakap mengenai Fynn Jamal. Bila suami dia hisap rokok depan Juna, jadi macam satu masalah besar. And bagi siapa yang tak kenal siapa Fynn Jamal ini akan cakap – who the fuck is she? To be honest, aku adalah salah seorang haters Fynn and I am proud to admit that.

Jangan disembah makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Ya, aku tahu anak dia handsome but please, jangan obses. Dan di atas dasar kebencian itu, aku huraikan 5 perkara yang paling aku benci pasal seorang makhluk Tuhan ini.

1. Syok Sendiri
Kalau nak diikutkan, setiap gambar yang Fynn post di Instagram, semua syok sendiri. Semua bercerita pasal kehidupan dia, suami dan Juna. Tak habis-habis benda yang sama Fynn post but still, masih ramai yang komen dan tergila-gilakan kecomelan Juna. Tapi sedarkah anda di saat anda membenci setiap apa yang Fynn share di Instagram, anda sebenarnya melakukan perkara yang sama.

Kita tidak akan sedar yang kita syok sendiri. Kita tidak akan sedar apa yang kita cakap sebenarnya refleks terhadap diri kita sendiri. Mungkin hukum alam sudah begitu – saat menilai orang lain, kita lupa di mana kita berdiri sebenarnya. Setiap kali kita mencemuh orang lain kita sebenarnya terlupa untuk perbaiki diri sendiri.

2. Penakut
Fynn sebenarnya merupakan seorang yang sangat fragile. Penakut dan paling emosional sekali. Bukti? Pergi Instagram dia dan lihat dia syok sendiri tulis pasal macam-macam benda dengan nada penulisan emosional. Macam mana nak tau, skroll sendiri dan boleh assume yang Fynn ini fragile dan penakut.

Sebab apa saya katakan dia penakut? Sebab semua orang ada perasaan yang sama. Semua orang takut kalau gaji masuk lambat. Semua orang emosional kalau kerja freelance tapi klien bayar payment lambat. Semua orang takut dan kita semua berkongsi perkara yang sama.

Perasaan takut itu adalah perasaan yang kita hadapai tiap-tiap hari dan untuk point kedua ini, saya bagi tabik hormat pada Fynn sebab dapat lepasi perkara yang sukar. Kalau mengikut cerita Fynn, masa mula-mula lepas kahwin, dia terpaksa berpisah dengan Tri. Berpisah dalam jarak yang jauh. Nampak mudah tapi I bet you, seksa, sengsara dan takut bila hidup bersendirian, empunya badan saja yang tahu. Kalau tiada telur, jangan pernah berani cabar diri.

3. Juna, Juna, Juna
Bab Juna memang tidak akan habis. Juna makan, Juna tonggeng, Juna mandi, Juna baru bangun tidur, pampers Juna londeh. Memang tiada benda lain ke Fynn nak kongsikan? Bersepah gambar pasal Juna dan kadang kadang ada sikit gambar Tri bermisai seringai.

Bagi saya, bab Juna memang tidak akan habis sebab sebahagian Fynn itu juga adalah Juna. Ini bab ibu dan anak. Dan bila cakap pasal anak, itu satu perkara yang sangat sentimental. Semua orang tahu, cukup masa nanti Juna akan tahu siapa ibu bapa sebenar dia, siapa Fynn dan Tri sebenarnya tapi sebelum dia tahu semua itu, memang tak terbayang apa yang telah dicurah pada Juna.

Macam tengok drama kan? Tapi drama ini makan masa bertahun-tahun. Bila Juna meningkat remaja ke dewasa, pasti ada konflik. Dan saya yakin, bagi yang mengikuti kisah anak beranak ini, semua orang mahukan yang happy ending, bukan?

4. Berselindung
Kehidupan Fynn selalunya nampak happy sentiasa. Nampak sangat dia cuba berselindung daripada perkara yang dia tak mahu orang lain tahu. Mustahil ada rumah tangga yang bahagia macam dia. Itu semua wujud dalam cerita dongeng sahaja.

Tapi berselindung itulah perkara yang Fynn paling hebat sekali. Kadang-kala kita tidak perlu tunjukkan betapa sengsaranya hidup kita sebab kita tahu akan ada orang akan cakap – who the fuck cares about your life? Bila kita sembunyikan masalah, orang akan dapat lihat dari satu sudut sahaja dan mula akan menyoal perkara lain pula.

Bab bercakap pasal orang ini macam satu permainan yang tidak akan habis. Sebab apa tidak akan habis? Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas.

5. Cakap Lebat
Kalau bab bercakap, Fynn paling hebat. Ada sahaja perkara yang dia nak sampaikan dan biasanya yang diutarakan mestilah berkaitan dengan kehidupan orang sekeliling. Cakap macam dah berpengalaman sangat.
The truth is, kadang-kala usia tak perlu nak buktikan kita lagi tahu itu semua. Kalau sudah berusia sekali pun tapi masih lagi tidak matang, tidak kena juga. Jika dilihat dari setiap apa yang dibincangkan Fynn, rata-rata dia bercakap melalui pengalaman dia sendiri.

How to move on, macam mana nak lupakan masa silam dan macam mana ada keberanian ambil risiko untuk perkara yang kita sendiri tidak tahu apa di depan.
Cakap lebat boleh tapi biarlah dengan apa yang kita lalui sendiri. Setakat cerita lebat tapi bila suruh buat, terkial-kial, liat.

Sebab zahirnya manusia itu untuk sentiasa bertanya dan mempersoalkan sesuatu. Dan jujurnya, hati manusia ini tidak akan pernah berasa puas

Jangan disembah puja makhluk Tuhan ini macam dia tidak berdosa. Dia cuma manusia biasa yang Tuhan hadirkan untuk memberi inspirasi atau mungkin juga untuk dicaci maki. Jangan persoalkan dia bertuah kalau kita sendiri tidak pernah berusaha. Memang jalan kehidupan ini penuh liku. Tapi kalau lahir ke dunia, kau disambut dengan emas, itu lain cerita, jalan cerita pasti berbeza.


dipetik dari vitdaily

0 komentar:

Posting Komentar


Top