Jumat, 22 Mei 2015

PANAS!! Rita Rudaini Dedah Bukti Sering Diganggu Zarema Zainal (2 GAMBAR)

Nampaknya cerita Rita Rudaini dan juga pihak Aidil Zafuan tidak pernah habis. Terkini, Rita menunjukkan bukti isteri Aidil, Zarema Zainal yang didakwa sering mengganggu dirinya dengan panggilan telefon selain mengikuti perkembangannya di laman sosial yang lain.

Rita-Rudaini-Tunjuk-Bukti-Sering-Diganggu-Zarema-Zainal----ROTIKAYA_intext
Rita telah berkongsi paparan nombor telefon yang didakwa mengganggunya di Instagram dan menurut laporan OHBULAN!, pengirim emel juga memberitahu bahawa nombor itu dikatakan milik Zarema Zainal.
Selain itu, di dalam caption Instagram Rita, dia sempat menasihatkan agar individu yang dimaksudkannya itu agar menyimpan kebodohan dan bengap di dalam poket sendiri dan janganlah menunjuk sangat kebodohan diri. (rtky/s)

(3 GAMBAR) Aidil Zafuan Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini?


Dalam kemaskini terbaru Rita Rudaini itu, beliau mendedahkan nombor telefon yang didakwa sering menganggu dirinya dan siasatan OHBULAN! mendapati nombor telefon itu milik Zarema Zainal berdasarkan informasi di aplikasi WeChat.

Petang ini, Aidil Zafuan telah mengirimkan sekeping gambar menerusi akaun Instagram di mana beliau memegang satu salinan laporan polis tetapi tidak menyatakan maklumat lanjut berkaitan apakah laporan polis itu dibuat.

Namun, satu komen daripada kembar beliau iaitu Zaquan Adha mungkin memberikan gambaran tentang tindakan Aidil Zafuan membuat laporan polis hari ini.

“Be strong Aidil Zafuan, Zarema Zainal. Orang tak suka tengok kita bahagia, jangan minta simpati orang untuk jatuhkan orang lain. Diam tidak bermakna kita salah. Ingatan untuk diri sendiri juga,” tulisan Zaquan Adha yang dipercayai merujuk kepada isu Rita Rudaini.
Aidil Zafuan Sudah Buat Laporan Polis Terhadap Rita Rudaini? - ROTIKAYA
Semakin meruncing nampaknya perbalahan antara dua pihak ini jika benar laporan polis yang dibuat oleh Aidil Zafuan ini berkaitan dengan dakwaan Rita Rudaini. Mungkin sudah sampai masa untuk bertentang mata selesaikan sendiri antara mereka ‘kan? (rtky/m)

(13 GAMBAR) Lelaki Tinggalkan Gadis Cantik Demi Seorang Janda

Kisah dan gambar seorang lelaki meninggalkan kekasih transgendernya demi seorang janda tersebar di laman sosial.
Menurut individu yang memuat naik gambar tersebut, Azhar Idris, lelaki itu meninggalkan kekasih transgender (pelajar UiTM) untuk seorang janda yang menjadi pilihan hatinya.
“Janda sememangnya kini menjadi pilihan lelaki pada masa ini.
“Yang gambar seorang itu, ex transgender mamat tu. Yang girl dalam gambar berdua itu, janda yang dia couple,” dedah Azhar yang mengakui mengikuti Instagram milik ‘gadis’ transgender berkenaan.
“Transgender itu kawan kepada kawan saya di UiTM Shah Alam ini. Dengar macam baik orangnya, study pun PhD. Tapi itulah, tak sangka dia pondan,” katanya disusuli gelak ketawa.
Tampil seorang individu turut mengaku mengenali ‘gadis’ transgender ini.
“Saya pun kenal dia. Yes, dia baik orangnya. Tahu juga pasal kes putus dia dengan ex boyfriend tu. Dengar (cerita) dia kena buatan ilmu hitam orang selepas putus dengan mamat tu. Tapi dengar cerita, ex dia masih mencari dia tetapi dia dah tak nak dekat lelaki tu,” katanya.
Dengan wajah yang persis gadis, tidak nampak ketara seperti seorang lelaki. Netizen pula tidak putus-putus memuji kecomelan ‘gadis’ transgender ini berbanding memfokuskan kepada lelaki dan janda tersebut.
Dalam kes seperti ini, hanya ada dua perkara yang mungkin berlaku sama ada, pilihan sendiri atau hormon/naluri kewanitaannya terlebih. Bagaimanapun, marilah kita berdoa agar beliau kembali ke pangkal jalan.

Kamis, 21 Mei 2015

Cerita Sebenar Video Ibu Dera Anaknya Yang Jadi Viral Dilaman Sosial


Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral

Ini adalah Kisah Sebenar Video Ibu Dera Anak Yang Viral yang berlaku di Ipoh. Video tersebut telah viral bermula 2 3 hari yang lepas. Jadi pihak Polis telah pun mengeluarkan kenyataan media berkenaan kes tersebut. Jadi jom kita baca kenyataan dari pihak PDRM.

SIARAN MEDIA

PERKEMBANGAN KES BAYI DIDERA DI IPOH, PERAK

Susulan penyebaran video bayi didera yang menjadi viral dalam laman sosial Facebook dan aplikasi Whatapps sejak beberapa hari lepas, hasil siasatan mendapati mangsa iaitu bayi dan saspek yang merupakan ibunya sendiri merupakan individu yang sama seperti kes yang pertama dilaporkan pada 19 April 2015. Siasatan juga mendapati saspek ada membuat rakaman yang lain selain rakaman yang telah manjadi viral sebelum ini. Oleh yang demikian tidak timbul isu adanya kes penderaan yang baru yang dilaporkan.

Bayi berkenaan telah dijaga oleh neneknya sejak dikeluarkan dari hospital untuk pemeriksaan. Perintah jagaan juga telah dikeluarkan oleh mahkamah dimana hak penjagaan bayi tersebut diserahkan kepada neneknya. Bayi berkenaan tidak pernah diserahkan semula kepada saspek iaitu ibu kepada mangsa.

Saspek dalam kes ini telah diberi kaunseling oleh Victim Care Office (VCO) Perak dan bayi berkenaan diselia oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat. Bayi tersebut kini dalam keadaan sihat dan hasil pemeriksaan doktor didapati tiada sebarang kecederaan di badan dan kepala mangsa.

Kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut. Kes disiasat dibawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan jika sabit kesalahan tertuduh boleh didenda RM20,000 atau penjara tidak lebih sepuluh tahun atau kedua-duanya sekali.

SUPT ANUAR BIN OTHMAN
TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH (OPERASI)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH IPOH
19 MEI 2015 1315 hrs
Pendedahan Berani Mati Dari Nora Danish Apa Yang Beliau Tidak Dapat Kecapi Selepas 10 Tahun Jadi Artis

Pendedahan Berani Mati Dari Nora Danish Apa Yang Beliau Tidak Dapat Kecapi Selepas 10 Tahun Jadi Artis


Setelah 10 tahun terlibat di dalam industri hiburan tanah air, sehingga kini Nora Danish masih belum menggenggam sebarang anugerah untuk dibanggakan malah pelakon ini juga turut mengakui kadang-kala terkilan dengan perkara tersebut. 

“David Teo pernah berkata kepada saya, anugerah tidak penting kepada mana-mana pelakon. Apa yang penting ialah mutu lakonan. Saya tidak nafikan perkara itu tetapi bagi saya, anugerah boleh memberi kepuasan kepada seseorang pelakon seperti saya”
“Setelah bertungkus lumus bekerja, mengapa tidak saya puaskan diri dengan sebarang pencapaian. Bukan untuk mengejar glamor tapi cukuplah sekadar pengiktirafan atas kesungguhan saya dalam bidang seni selama ini”
“Selama 10 tahun, anugerah yang pernah saya dapat hanyalah gelaran janda hot dan hot chick,” katanya kepada Kosmo! dalam nada bergurau tetapi penuh makna.
 
Tidak berselindung dan mengakui terkilan dengan perkara tersebut, Nora bagaimanapun tidak menyalahkan takdir dan menyifatkan perkara tersebut sebagai kerja Tuhan dan aturan rezeki setiap insan adalah berbeza-beza.
4 Gambar Proton Saga Baru 2015 Yang Pasti Menutup Kritikan Anda Terhadap Proton

4 Gambar Proton Saga Baru 2015 Yang Pasti Menutup Kritikan Anda Terhadap Proton

Berkenaan harganya pula, mungkin akan dipasarkan dengan harga yang lebih kurang sama dengan harga Saga sediada bergantung kepada spesifikasi dan aksesori yang disediakan.
Tata Zest Bolt
Walau bagaimanapun ada yang mendakwa info ini tidak berapa sahih kerana ia seperti model Tata baru yang ditukarkan logo kepada logo Proton sahaja. Untuk makluman anda, Proton Saga baru ini dikatakan mirip kepada Tata Zest dan cuma logonya yang berbeza.
gambar proton saga baru 2015 mungkin menarik minat anda3 gambar proton saga baru 2015 mungkin menarik minat anda
Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada yang mengkritik dan mendakwa Proton seperti celup dan copy paste sahaja. Namun begitu, berdasarkan pemerhatian kami di ammboi.com lagi ramai yang memuji rekabentuk Proton Saga baru ini. Walaupun mirip dengan beberapa model luar negara (biasalah nak masuk pasaran kan…), Saga 2015 sudah tentu menjanjikan sesuatu yang menarik kepada bakal pemiliknya.
proton saga baru 2015
Tarikh dilancarkan? Ia masih samar-samar lagi. Namun, sebagaimana yang ammboi maklumkan dari awal lagi ia dijangka akan dipasarkan dalam masa terdekat. Sama-sama kita nantikan.-ammboi
Cerita Sebenar Pemandu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz Ditepi Jalan Yang Anda Mesti Tahu!!

Cerita Sebenar Pemandu Bas Tinggal Pelajar Tahfiz Ditepi Jalan Yang Anda Mesti Tahu!!

Berdasarkan sumber info, pelajar-pelajar ini adalah pelajar tahfiz dari Madrasah Tahfiz Taufikillah, Jitra Kedah. Kejadian berkenaan berlaku berpunca apabila rombongan anak-anak Tahfiz yang dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka meminta lagu dangdut dari corong radio dihentikan.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN
Dimaklumkan, rombongan anak-anak Tahfiz dalam perjalanan dari Kedah ke Melaka ditinggalkan di tepi jalan gara-gara meminta lagu dangdut dari corong radio dihentikan. – Durratun Nurin
Selepas itu timbul pelbagai masalah dengan pemandu bas yang kemudiannya mereka ditinggalkan di tepi jalan berkenaan sebelum mendapat bantuan dan sewa bas baru untuk pulang ke Kedah.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 4
Alhamdulillah, dah dapat bas ganti now dalam perjalanan ke Kedah. Dah buat laporan ke SPAD dan menteri perlancongan. Tunggu dan lihat macam mana. Saya post kat fb supaya jadi pengajaran kat orang di luar sana.. Janganlah mentang2 yang dibawa.. Yang dilayan tu anak yatim.. Anak fakir, maka kamu melayan dia macam sampah.. Macam pengemis. Mereka pun manusia. Sikap double standart ni la kena kikis.. Semoga Allah memelihara adik2 ni… – Durratun Nurin
Namun itu adalah dakwaan dari pihak pelajar-pelajar tahfiz.
Bagaimana pula dengan pihak pemandu bas tersebut?
Menurut sumber beberapa info lain pula, kejadian berkenaan didakwa berpunca dari sikap panas baran seorang Ustaz yang turut sama mengiringi pelajar Tahfiz berkenaan.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 3
Ustaz tersebut dikatakan telah memarahi pemandu bas kerana lewat 10 minit selepas mereka berhenti rehat untuk makan. Kemudian, Ustaz tersebut juga dikatakan bersikap kurang ajar dengan meletakkan kaki di kepala (belakang kerusi kot.. dinding pemisah antara tempat pemandu dgn penumpang belakang pemandu.. mungkin semasa bus berjalan ustaz tu meletakkan kaki di atas dinding pemisah tu..) pemandu bas.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 2
Pemandu bas itu menegurnya secara baik namun sikap panas baran Ustaz itu membuatkan ia melarat. Bab tinggalkan pelajar itu pula, ia sebenarnya atas permintaan Ustaz berkenaan yang mahu mereka diturunkan mungkin kerana masih tidak berpuas hati.
Pihak pemandu bas itu turut menafikan meninggalkan rombongan pelajar Tahfiz berkenaan ditepi jalan malah mereka semua dihantar ke hentian bas di Melaka.
KISAH SEBENAR PEMANDU BAS TINGGAL PELAJAR TAHFIZ DITEPI JALAN 5
Itulah yang dapat ammboi petik dari kedua-dua sumber mengenai isu pemandu bas tinggalkan pelajar tahfiz ditepi jalan. Setakat ini, ammboi difahamkan pihak pelajar berkenaan telah membuat laporan mengenai kes itu. Kita tunggu apa perkembangan seterusnya dan yang sebenarnya yang telah terjadi.

Top