Senin, 25 Mei 2015

Adi Putra - KERAJAAN MALAYSIA TABUR JANJI, TIPU PELAJAR GENIUS MACAM SAYA

Tokoh Matematik Islam Abad, Adi Putra Abd Ghani yang kini 16 tahun dijanjikan pelbagai perkara oleh kerajaan, segalanya hanya tinggal janji. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2015.

Genius Matematik, Adi Putra Abd Ghani, bukan nama baru yang perlu diperkenalkan, malah beberapa tahun lepas, beliau menggemparkan negara dengan kehandalan dan kepantasan melakukan kerja pengiraan matematik.

Kini pada usia 16 tahun, Adi masih meneruskan minatnya dalam ilmu matematik dan turut mencurahkan ilmunya di dalam dan luar negara, tetapi perlu berdikari, kerana kini dipinggir dan segala janji yang pernah ditabur kerajaan tidak ditepati.

Remaja yang pernah dinobatkan sebagai Tokoh Matematik Islam Abad ini oleh Universiti Riau, Indonesia pada 2009 setakat ini menghasilkan 235 formula matematik dan membukukan 12 formula tersebut dalam sebuah bukunya berjudul Seni Matematik Islam.

Malangnya, buku yang menjadi rujukan pelajar di peringkat rendah dan menengah di Brunei Darussalam itu, tidak mendapat pengiktirafan di Malaysia walaupun ternyata memberi alternatif untuk memudahkan pelajar.
“Saya lancarkan buku itu di Pesta Buku Antarabangsa pada November 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra. Selepas pelancaran, saya mula guna buku itu mengajar di Brunei.

"Kerajaan Brunei ambil buku itu sebagai rujukan untuk sekolah rendah dan menengah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider di kediamannya di Tanjung Malim, Perak.

“Saya kecewa juga, sebab kalau boleh, kita hendak kongsi ilmu kita dengan anak bangsa, negara kita. Itu yang kita utamakan dulu.

"Yang jadi masalah, apabila keputusan daripada 'orang di atas'," dakwanya.

"Bila saya mengajar di sekolah, untuk program motivasi, saya guna buku itu. Maklum balas dari guru dan murid memang bagus.

"Murid dan guru dapat belajar, menjadikan mereka suka dengan Matematik,” katanya.

Adi yang sering diundang untuk menyampaikan kuliah matematik, menyingkap kembali zaman kanak-kanaknya yang dirasakannya seperti dijadikan tikus makmal oleh program pembangunan pendidikan .

Katanya, walaupun banyak janji yang ditabur kerajaan untuk membangunkan program genius kanak-kanak suatu masa dahulu, namun ia sekadar janji tinggal janji.

“Saya seperti tikus makmal jadi bahan uji kaji. Itu apa yang saya rasa terjadi masa itu, sebab saya dijanji untuk membuat modul kanak-kanak genius.

"Ketika itu saya 6 tahun. Pagi saya di Sekolah Islam Antarabangsa, masa Sains, saya masuk darjah 5, Matematik, saya masuk darjah 6, Bahasa Inggeris, saya masuk darjah 3. Ia berlangsung lebih setahun.

“Tengahari masa pelajar lain rehat, saya kena pergi ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk belajar A Level. Belajar 5 subjek – Fizik, Kimia, Biologi, Matematik, Matematik Tambahan," katanya.

Bagaimanapun, kata Adi, beliau berhenti sekolah separuh jalan bagi menumpukan sepenuhnya kepada pengajian A Level di UIAM.

Tetapi yang menghairankannya, walaupun tamat pengajian, beliau mendakwa tidak dianugerahkan sijil oleh universiti berkenaan.

Terkilan kerana sehingga kini masih dipandang sepi kerajaan, remaja yang berazam untuk mencipta satelit ini tidak lagi mahu mengenang janji yang ditabur kerajaan sewaktu zaman awal kanak-kanaknya.

Katanya, menjadi harapannya agar sarjana mahu pun profesor yang arif dalam matematik dapat mengesahkan dan mengiktiraf kesemua 235 formula matematiknya. 

“Banyak sejarah saya dengan kerajaan. Saya pun sudah malas. Terlalu banyak saya dijanji," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Banyak sangat kejadian saya dengan kerajaan sampai saya sudah serik. Sebab itu saya sudah tidak kenal apa-apa, tidak suka cakap pasal politik, tidak sentuh pasal kerajaan. Saya sudah lalui semua itu.

“Saya mahu ahli falsafah dokumenkan dan sahkan formula saya. Formula saya dari ilham, dan ada yang dari zaman dahulu, seperti Al-Khawarizmi,” katanya merujuk tokoh Islam keturunan Parsi yang menguasai bidang matematik, geografi dan astronomi dan turut dikenali sebagai bapa algebra.

Luka lama yang masih disimpan anak muda ini apabila ubat yang cuba dikomersialkannya pada 2010, iaitu Penawar Stress dan Produk Minda, didakwa mengandungi bahan terlarang, steroid.

Katanya, segala dakwaan pihak berkenaan tidak benar kerana ubat berkenaan sudah diuji di makmal Universiti Teknologi Malaysia.

“Beberapa kali sebelum itu saya cuba minta pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tetapi tidak pernah dapat.

“Selepas Adi jumpa KKM, mereka gugurkan tuduhan steroid, tetapi mendakwa ia tiada pengesahan KKM.

"Tidak sampai seminggu selepas itu, mereka beri saya pengesahan KKM. Ubat itu masih dijual, tetapi lepas kejadian itu, semuanya jatuh,” katanya.

Adi berkata, sudah tiba masanya Putrajaya membangunkan modul kanak-kanak genius di Malaysia bagi mengelak banyak tenaga pakar terus lari meninggalkan Malaysia.

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing yang bekerja di syarikat besar malah menuntut di universiti terkemuka dunia. 

Katanya, kehebatan orang Melayu dapat dilihat di negara asing, di kalangan mereka yang bekerja di syarikat besar, malah menuntut di universiti terkemuka dunia.

“Orang Melayu kita bukan calang-calang. Di Nasa (Pusat Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika Syarikat), ramai orang Melayu.

"Universiti terkemuka dunia sekali pun, ramai pensyarah kita, pelajar kita. Masalahnya, mengapa kita jumpa mereka di luar?" soalnya, jelas kecewa dengan keadaan itu.

"Kita perlu ada satu modul untuk cerdik pandai di Malaysia. Bukan sedikit, tetapi ramai. Semua ada kelebihan masing-masing.

“Orang luar menghargai. Mereka nampak kebolehan orang Melayu yang hebat-hebat. Mereka yang hebat ditawarkan duduk di luar dengan gaji US dolar. Diberikan dana dan segala-galanya,” katanya.

Adi mendakwa, disebabkan itu, warga Malaysia yang cemerlang terus berada di luar negara dan hanya mereka di gred kedua dan ketiga berhajat pulang ke Malaysia.

“Kita tiada lagi pakar di Malaysia. Kalau kita teruskan, sampai bila pun kita tidak dapat kumpulkan satu kumpulan pakar, terutamanya dalam Sains dan Matematik.

“Wang bukan salah satu sebab mereka tidak balik. Ramai yang belajar di luar tetapi masih ada semangat perjuangan orang Melayu. (Tetapi) Mengapa mereka nak balik ke satu tempat yang mereka tidak dihargai pun?” soalnya. – 24 Mei, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/adi-putra-genius-matematik-malaysia-yang-disisihkan#sthash.qqRRTF9A.dpuf

Kisah "Anak Syurga" Jadi Viral, Cetus Perasaan Sebak Apabila Membacanya



Satu gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook, Ruqayyah Farhani, mencetus sebak para pengguna media sosial dan menjadi viral.

Gambar yang diberi tajuk "Anak Syurga" itu memaparkan Ruqayyah yang bertudung labuh, tersenyum sambil memangku bayinya, Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak yang kini sudah menemui Pencipta.

Menurut penulisan Ruqayyah, beliau redha dengan pemergian bayinya walaupun hanya sempat bersua muka selama 14 hari.

Anak Syurga. Dan insyaAllah akan memberi 'syafaat' buat Baba & Mamanya. Mama dah redha sayang.. Maryam Farihah binti Abdullah Mubarak, indah namanya seindah orangnya. Bidadari kuat :')
Terima kasih Allah di atas pinjamanmu selama 14 hari. Anugerah terindah dalam hidup mama.
Si adik, Marsya Farihah tengah survive. Doakannnn. Tengok Marsya nanti nampak Maryam jugak, sebab muka sama :'D


Di ruangan komen pula, pengguna-pengguna facebook memberikan semangat kepada Ruqayyah supaya tabah menghadapi ujian Ilahi.

Selain itu, Ruqayyah juga turut meminta orang ramai untuk mendoakan adik kepada Maryam, Marsya Farihah yang kini sedang bertarung nyawa.

Takziah diucapkan kepada Ruqayyah dan semoga adik Marsya sihat walafiat. -Siakapkeli

7 Gambar Remaja Terlajak Cantik Bak Bidadari Dari China Jadi Kegilaan Ramai...


Gadis secantik bidadari dari china. Beliau adalah Ju Jingyi, yang menjadi kegilaan ramai, gadis berusia 20 tahun anggota kumpulan idol SNH48. Ju Jingyi memulakan penampilan sulungnya pada November 2013 lalu sebagai anggota pasukan N di SNH48 yang merupakan sister group dari AKB48 di Jepun.

Beliau menduduki tempat ke-4 paling popular berdasarkan undian yang dilakukan oleh para peminat. Menurut pemerhati dunia hiburan Jepun, gadis kelahiran 18 Jun 1994 itu disebut-sebut mempunyai wajah seperti bidadari dan hanya muncul 4,000 tahun sekali. "Kita bernasib baik boleh menyaksikan kecantikan seperti itu." Dipetik dari laman Weibo.com, berikut adalah gambar Ju Jingyi, bidadari cantik dari China.





Rumah Flat Ini Nampak Biasa Sahaja Tetapi Ada Sesuatu Yang Pasti Membuatkan Anda Terkejut Apabila Melihatnya (4 GAMBAR)


Terletak di Zhuji City, Zhejiang, kelihatan sebuah pembinaan haram yang mengejutkan. Pemilik rumah flat ini dikatakan membina sebuah "lif persendirian," hanya untuk ke tingkat 5, semata-mata untuk sebuah unit rumah ini sahaja, dan ia dibina dari awal pembinaan bangunan itu dan aduan telah di buat oleh pemilik rumah di bahagian bawah.

Menurut penduduk sekitar "lif persendirian," pembinaan lif ini menyekat pemandangan beberapa tingkap, dan memberi kesan kepada pemilik lain, Ianya telah menjadi sangat menyusahkan. Sesetengah kejiranan seperti dihukum: Jangan begitu mementingkan diri sendiri! jelas mereka.

Terdapat ramai berkata, mereka tidak faham, ini bukan villa, pembinaan lif persendirian terlalu merugikan! Dan jelas menunjukkan bahawa ini adalah pembinaan haram, tidak ada akal. Dan beliau juga seperti mencari musuh di tingkat bawah, dengan apa yang dilakukannya!





sumber

(VIDEO) Apa Yang Lelaki Ini Buat Pasti Korang Akan Terkejut Dan Termuntah!!


Percaya atau tidak, ilmu menganalisis najis adalah salah satu cabang dalam meramal. Ilmu meramal ini dinamakan Scatomancy.

Singh adalah salah seorang dari beberapa pengamal ilmu meramal yang telah lama hilang ini. Baru-baru ini, ia tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul Journey to Planet Sanity.

"Ini adalah seni meramal yang telah lama hilang. Anda pasti akan terkejut dengan seberapa tepat hasil dari ramalan ini," jelas Singh.

Dalam dokumentari ini, seorang bernama Blake Freeman melakukan perjalanan ke seluruh Amerika Syarikat dengan rakannya, Leroy Tessina. Leroy adalah seseorang yang sangat paranoid tentang alien dan aktiviti paranormal. Untuk itu, Freeman pun mengajak Leroy untuk melawat Singh.

Tahukah anda apa yang kemudian dilakukan Singh? Dia meminta Leroy untuk buang air besar di tandas, dengan arahan, "Setelah selesai, jangan siram."

Selepas itu, Singh lantas mengumpulkan kotoran Leroy ke dalam sebuah mangkuk porselin berwarna putih. Lelaki itu lalu duduk di lantai dan mengamati kotoran itu dengan teliti. Di saat yang bersamaan, Leroy yang melihat kejadian itu berusaha menahan rasa mualnya dan tetap mendengar ramalan Singh. Leroy semakin terkejut melihat proses peramalan tersebut kerana Singh juga menyentuh dan bau tahi tersebut. "Anda perlu menyelami ke dalamnya. Semakin kuat aromanya maka semakin tepat ramalannya," jelas Singh



sumber

Anda Pasti Tidak Percaya Apabila Lihat Budak Ini Apabila Besar Boleh Jadi Seorang Jelitawan!! (8 GAMBAR)


Jika melihat pada gambar, wanita ini memiliki kulit putih, mulus dan bentuk badan yang sungguh seksi dan mengancam. Namun bagaimana kalau kami katakan bahawa sebenarnya wanita tersebut adalah lelaki. Percaya atau tidak?

Menerusi portal Rocketnews24.com, perubahannya yang sangat drastik itu membuat ramai orang tercengang malah sehinggakan Facebook peribadinya mempunyai ribuan follower. Dia dikatakan melakukan pembedahan plastik merubah diri daripada lelaki gemuk kepada wanita seksi dengan kulit yang sungguh mulus putih gebu.

Tak ada yang mengetahui nama wanita transgender ini. Cuma facebooknya diberi nama Princess Surgery. Mungkin ianya bersesuaian dengan proses hidupnya yang dilahirkan sebagai seorang lelaki gemuk berkulit gelap dengan mengubah hidup melalui operasi plastik.

Malahan perubahan drastik wanita itu mengejutkan ramai pihak di Thailand baru-baru ini. Ada yang berebut-rebut untuk mencari klinik wanita tersebut melakukan prosedur rawatan malah sebuah program Thai Weeknight Show juga berhasrat untuk mengetahui kisah perjalanan hidup ‘wanita tersebut’.

Jika betul, berapa banyak agaknya pembedahan dan kos prosedur yang dihabiskan bagi melaksanakan impiannya.






sumber

Top